fbpx

Jasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 267Words
  • 994Views

Ketika TGNA memimpin Kerajaan Kelantan, beliau mempelopori cuti dua hari seminggu. Ramai yang kritik, kata mereka ia tidak produktif. Ternyata ia meleset sama sekali apabila pekerjaan lebih produktif kerana mempunyai masa cukup bersama keluarga. Perlahan-perlahan ia diterima hingga Kerajaan Pusat pun turut ikut.

Kelantan mempelopori cuti 60 hari bersalin, kemudian dinaikkan ke 90 hari. Dikritik juga kerana dikatakan tidak produktif. Ternyata ia meleset sekali lagi. Diam-diam Kerajaan Pusat ikut.

Kerajaan Kelantan menyokong perbankan Islam dgn memindahkan selllluuuuuuuruh perbendaharaan negeri ke Bank Islam sebaik sahaja mengambil alih Kelantan. Juga dikritik kerana katanya mustahil perbankan Islam boleh membawa keuntungan. Ternyata meleset lagi apabila hari ini perbankan Islam memenuhi kehendak pasaran. Ternyata tindakan Kerajaan Kelantan menyokong perkembangan industri kewangan Islam.

Kerajaan Kelantan mempelopori takaful kafalah utk warga emas. Senyap-senyap diikuti oleh beberapa negeri.

Kerajaan Kelantan mempelopori pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Kini, pajak gadai ini tumbuh bagai cendawan diikuti oleh beberapa institusi kewangan.

Kerajaan Kelantan mempelopori penggunaan dinar emas, yang dikritik hebat oleh Menteri Kewangan ketika itu . Kini, makin ramai institusi mengeluarkan dinar emas termasuk institusi perbankan.

ITU SEMUA SUDAH MENJADI SEJARAH, HARI INI PULA…

Hari ini Kerajaan Kelantan bertegas melaksanakan syarikat Islam melalui Kanun Jenayah Syariah yg meliputi hudud, qisas dan takzir.

Sejak 20 tahun dahulu TGNA memimpin Kerajaan Kelantan, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan antara perkara yg diperjuangkan kerana ia adalah tuntutan ALLAH.

Sejak dahulu, hingga kini maka bergegak gempita segenap pelosok Malaya menentang.

Kini ia makin diterima, malah oleh non-Muslim juga.

Pastinya perkembangan selepas ini akan menarik perhatian dunia dan sekali lagi menjadi sejarah.

Saya sokong Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan RUU355

Pahala TGNA mengalir deres. Moga roh beliau tenang di sana.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Waktu terbaik untuk menanam pokok ialah 10 tahun yang lalu,…